Tawaran Program e-PJJ/PLK sesi Mei 2011 (Pra-Diploma/Diploma UiTM)


Assalamualaikum..
Perhatian..
Di sini ada satu berita baik..

Universiti Teknologi MARA mempelawa bumiputera yang sedang bekerja dan berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menjadi siswazah Universiti Teknologi MARA dengan mengikut program-program PRA-DIPLOMA/DIPLOMA seperti berikut :

Makluman :

1. Program Ijazah (e-PJJ/PLK) akan dibuka pada sesi September 2011. Iklan dijangkakan akan dikeluarkan pada Jun 2011 (*tertakluk kepada perubahan).
2. Untuk melihat Struktur Program sila klik link di bawah:




 Pelawaan untuk memohon pengeculian "Yuran Pengajian" menerusi 
Program Mengubah Destinasi Anak Bangsa 
Untuk keterangan lanjut sila klik => sini

Cara Memohon:

1. Pemohon dikehendaki membeli no pin di mana-mana kaunter Bank simpanan Nasional dengan harga RM13.00 (RM12.00 bayaran proses dan RM1.00 caj bank) sebelum membuat permohonan. (Nota : Pembelian di MESIN ATM Tidak Dibenarkan. Kepada pemohon yang telah terbeli di mesin ATM, sila hubungi Pusat Pengajian ePJJ/PLK untuk tindakan selanjutnya. Sila berikan nama, no.k/p dan no akaun BSN.)

2. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online). Sila klik di sini untuk mengisi borang secara online. Pemohon hendaklah membaca Syarat Kelayakan Akademik sebelum mengisi borang permohonan.

3. Pemohon hendaklah melengkapkan semua butiran yang diperlukan dan mencetak borang tersebut.

4. Penawaran program tertakluk kepada jumlah minimum sekurang-kurangnya 30 pelajar yang mendaftar bagi setiap program dan kampus.

5. Borang permohonan yang telah dicetak hendaklah dihantar berserta:
a. Salinan Surat Beranak,
b. Salinan Sijil Akademik yang telah disahkan, dan
c. Surat Pengesahan Majikan


6. Tarikh akhir penerimaan borang online adalah 4 April 2011.

7. Alamatkan kepada :

(Untuk permohon e-PJJ sahaja)

Pusat Pendidikan Jarak Jauh

Institut Perkembangan Pendidikan (InED),
Dwelling 2, INTEKMA Resort & Convention Centre,
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5522 5498/ 5314/ 5315/ 5238


(Untuk permohonan PLK sahaja)
Pusat Pengajian Luar Kampus
Institut Perkembangan Pendidikan (InED),

Dwelling11, INTEKMA Resort & Convention Centre,
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7,40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 
03-5522 5350/ 5356/ 5332/ 5337.


sumber : sini
semoga informasi ini membantu semua..
sekian wassalam.


3 Pesanan:

Woofer Storm said... [Reply]

sy layak ke?..nak sngt bljr balik,heeeee

Muslimah Optimis said... [Reply]

try la.......... hhihii... tapi kamu kan contract ngan gomen

Woofer Storm said... [Reply]

mna ada contrt..baru je bhnti keja hari ni.ahhaaaa nak cari keja bru la,sdih tau..sbr je la hati,ada doa penenang hati tak Mo.erm