Review Buku => Isabella : Pembentangan Perbandingan Antara Islam dan Kristian


Assalamualaikum. Semoga semua yang membaca sihat-sihat hendaknya dan sentiasa berada dalam rahmat Allah swt. Ameen. Baiklah seperti yang MO janjikan dalam entry terdahulu, MO akan review sebuah novel Pembentangan Perbandingan Antara Islam dan Kristian yang. Buku wajib baca. Islam itu sangat indah dan buku ini adalah tulisan semula kisah benar yang berlaku kepada seorang anak ketua paderi di Cordova, Sepanyol.

Riview Buku :
 Isabella : Pembentangan Perbandingan Antara Islam dan Kristian

Karya : 
Maulana Muhammad Saeed Dehlvi (terjemahan dari bahasa Urdu)

Bilangan Halaman : 
336 m/s

Novel ini mengisahkan mengenai seorang anak ketua paderi (Isabella) di Cordova, Sepanyol  yang ragu-ragu dengan agama Kristian setelah mendengar persoalan yang ditimbulkan oleh dua orang pemuda Muslim. Isabella akhirnya meminta pendapat daripada guru dan bapanya supaya mereka menjelaskan kepada pemuda muslim tadi sejelas-jelasnya dan sebagai cagaran pemuda muslim tadi mesti bersetuju supaya meninggalkan agama Islam jika penjelasan yang diberikan memuaskan hati mereka. Pemuda muslim tadi bersetuju dan telah diadakan pertemuan di gereja dihadiri oleh ramai penagut kristian. Tetapi jawapan yang diberikan oleh semua paderi kristian termasuk bapanya menyebabkan dia ragu-ragu dan dengan izin Allah Alhamdulillah Isabella telah memeluk agama Islam. Sepanjang hidupnya beliau menjadi pakar rujuk dari kalangan perempuan.

Quote dari novel, Bab terakhir.

“ Sepanjang hayatnya Isabellah terus menyumbangkan bakti keagungan Islam. Di suatu pihak beliau menutup orang-orang Kristian dan di suatu pihak lagi beliau mencurahkan ilmu pengetahuan ke dalam dunia pembelajaran, Ilmu hadis dan pentafsiran ayat suci AL-Quran. Beratus ribu cendiakawan Islam yang mendapat manfaat darinya.”

MOST :
Allah akan memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Janganlah ingat kita ni baik sangat sampai suka-suka hati kita nak kutuk-kutuk nak mengata orang yang tak berapa nak baik. Setiap orang ada masa silam dan setiap orang jugak ada masa depan

p/s :
kalo nak pinjam buku MO,
 silakan, 
boleh runding okeh...
tapi kena pulangkan balik la. 

wassalam.


4 Pesanan:

ara said... [Reply]

MO, kisah ni penah seseorang ceritakan pada saya dulu.sangat mengagumkan :)

akugumbira & riang-riang said... [Reply]

As salam.. sy rsa sy dh terpesong dari laluan asal.. hati sya gundah gulana skrng.. ntah btui ntah salah.. sy terlalu dengar si perasaan dalam diri saya berkata.. kenapa wanita sering berburuk sngka??.. kenapa sungguh komplesk mindanya??.. minta maaf kerana menceroboh blog mo.. sy cuma inginkan penjelasan dari mo.. As salam..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@ara

ya sangat kagum dengan beliau...hidayah yang Allah bagi..

Farhana Hizamie said... [Reply]

babe, there's another new book juz arrival. tajuk dia Maria; antara Islam-Kristian-Artheis. ak lum smpt bc lagi... u should try dis one...