MAHU MENJADI KELAPA ATAU MUTIARA???


Assalamualaikum...
Balik dari kelas tadi jalan-jalan sat kat Group Srikandi Muslimah di FB..
dan tetiba mataku tertancap pada bait-bait kata di bawah...
sangat mendamaikan...

[copy paste petak-petak]


Untukkmu wanita...

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang
PERTAMA...
kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..

oleh itu...
pilihlah sendiri...
menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..


sangat indah susun atur katanya..
membuatkan MO tertarik untuk berkongsi dengan pembaca Laman MO..

MO pilih nak jadi Mutiara...
anda pilih nak jadi apa???

sendiri mau jawab na...

sekian wassalam

6 Pesanan:

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

Nadh nak jadi MUTIARA.. hahahah.. comei dan mahai.. hahahah

Miz Waniey said... [Reply]

nk jd mutiara jgk...:)
cantik dan mahal nilainya...

Ce'gu JAERA said... [Reply]

saya plak nak dapatkan mutiara... cantik dan mahal nilainya (",)

Woofer Storm said... [Reply]

nak makan santan je boleh??hehee gurau
sis,setiap wnita dambakan untuk menjadi seperti mutiara,tetapi cbang2 hidup depaan mata,menjadikan mereka berbagai rupa....moga wnita sellau dilndungi,

*insyallah,lepas ni tak nak dah terlepas pandang blog ni..amin3,hilangkan sfat pelupa ku ya allah..
*maaf,kalau komen2 sy sis,jauh benar bunyinya dari pada yang diharapkn.ermmmm

saya bukan tomato said... [Reply]

mutiara .. :)

sbb tu bila suka seseorang lebih baik pendam..

kalau betul dia untuk kita mesti dia akan datang sendiri kat kita kan.. :))

Erin Azizan said... [Reply]

errr mesti la nak jadi mutiara...


setiap wanita selayaknya mendamba kan utuk hidop sebagai mutiara. perlu diingat jugak utuk mnjd mutiara bukan senang, terlalu bnyk dugaan dan godaan. hanya mereka yg betul2 layak saja mampu di angkat utk mnjadi sebutir mutiara yg tak ternilai harganya..