PRASANGKA MANUSIA


Assalamualaikum..
selamat pagi semua..
sihat dak nih???
moga-moga sihat hendaknya...


PRASANGKA MANUSIA..
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
...Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ...
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya...
p/s:
Jangan terlalu berprasangka..Kelak memakan diri sendiri..
(entry kali ni hanya copy paste je sebab tertarik dengan ayat-ayatnya..tapi itulah kenyataanya sebagai seorang manusia..sedikit sebanyak mesti ada prasangka dalam hati..MO sendiri tak terkecuali..tapi cubalah Husnuzhon dalam segala hal)
Sekian wassalam

11 Pesanan:

~Kirin Selama Perak~ said... [Reply]

da menjadi adat resam pada manusia sebab selalu berprasangka.
biarlah berprasangka baik daripada berprasangka buruk kepada orang lain
:)

Kira Sakura said... [Reply]

bile hati bersih secara automatik minda akan bersih dari berprasangka...

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

latih diri bersangka baik selalu. ini prasangka yang dibenarkan.. ;) dan sebaik2 berprasangka.. ;)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@~Kirin Selama Perak~

yup..husnozhon selalu..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@kiera'sakura
betul tu.. bersihkan hati bersihkan jiwa dan lapangkan minda...

Muslimah Optimis said... [Reply]

@fRaMe LenSeS
tepat sekali..prasangka baik selalu..

Sunah Sakura said... [Reply]

betul tu sayang...:)

Dda Ly said... [Reply]

saye setuju...prasangka membawa padah! hihih tak baek woo suke bersangka buruk pada orang..

meh ke rumah..
~danial n science~
keep in touch ye..♥♥♥

Penjejak Mimpi said... [Reply]

kekadang kite terlalu berprasangka tak kene tempat.. so lepas ni tak yah nak pikir ape dah.. anggap bebaik ajek.. :)

regreatnosoul said... [Reply]

Manusia memang begitu sentiasa ade syak wasangka...kehidupan ni memang tak akan hilang dengan manusia yang mempunyai sikap syak wasangka...nak berubah??Hidayah dari Allah yang mampu mengubah perangai buruk ni...

Feel With Art :)

AhmaD MuizZ said... [Reply]

prasangka dan zhan itu sentiasa di sisi manusia...

baik dan buruk bergantung kepada hati dan imannya...
insyaAllah