RESTUILAH PERKAHWINAN SAYA


Assalamualaikum...
Topik yang paling hangat sampai melecur yang dibincangkan oleh golongan dewasa kini adalah topik nak kawen...
hohhoho..
saya juga bersama rakan-rakan lain tidak terkecuali membincangkan topik ini.
Mujurlah mama dan abah belum bersuara...
Mereka memahami anak mereka ini. 
Sebab anak mereka ini belum bersedia nak menamatkan zaman solo ler..
InsyaAllah will soon..
Doakan saya dan kamu juga...
ameen..


eh, 
bukan pasal saya nak kawen ni..
cuma nak kongsi pasal surat seorang anak kepada 
mak dan ayahnya mengenai isi hatinya untuk berkahwin..


Mula-mula link surat ini dikongsikan oleh seorang sahabat FB
 yang saya kenali sebagai Tika..
Kemudian seorang lagi sahabat FB 
yang saya panggil Cikgu Ida mengirimkan surat ini kepada saya melalui Inbox FB..


Jadi saya rasakan perlu untuk berkongsi 
dengan semua yang singgah di Laman MO.
Kalau yang dah pernah baca abaikan saja surat ini.
Kalau yang belum pernah baca, 
jemputlah baca..


Suratnya bermula begini..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Untuk menghabiskan pembacaan..sila klik sini. 

Terima kasih kepada Tika dan Cikgu Ida yang sudi berkongsi link dengan saya...
Dan Tahniah kepada saudara Syahirul..
Kalau nak ke Blog penulis sila klik Syahirul.com

Semoga mendapat ibrah daripada isi kandungan surat tersebut..

sekian wassalam...

11 Pesanan:

Solihin Zubir said... [Reply]

sy x payah mintak izin pon, mak ayah dok suruh kawen awal..
calon x kompom lg ni.. cam mana... huhu.. T_T

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Solihin Zubir

HEHEHEH... SZ kena doa banyak2 la mcm tu supaya Allah cepatkan jodoh.. tapi nanti jangan lupa jemput tau..hehe

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

Nadh doakan SZ.. nadh doakan kamu MO.. ;)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@fRaMe LenSeS

terima kasih..doakan kamu jugak...

Zue Sancer said... [Reply]

saya takde calon lg..tapi harap semua jodoh dari syurga ..:)

Woofer Storm said... [Reply]

baca ni rasa nak trus kwin pun ada..heheeee

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Zue Cancer

heheheh.. jodoh itu dah ditetapkan siapa.. cuma belum jumpa barangkali.. saya pun sama..hehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Woofer Storm

kawenlah..hehe.. jangan lupa jemput akak tau..ehhe

Unknown said... [Reply]

wah..mention nme sy..dtg terjah lps tersedak minum ayaQ..hihi..kite bukn xtkt kwn fb lah kak,,kwn blogging skali..huu~

Anonymous said... [Reply]

dah ade kekasih hati...tapi mak ayah tak restu...t'paksa tinggalkan jugak...demi mak ayah... : (

Muslimah Optimis said... [Reply]

@nikaviolet

kalo dah memang jodoh, akan bersama jua akhirnya.. doakan yang terbaik buat kalian berdua..ameen