Si Buta itu sangat bertuah…


 Assalamualaikum. Alhamdulillah pagi tadi diberi kesempatan oleh Allah swt untuk bertemu dengan insan-insan istimewa  yang gelap mata kasarnya dan celik mata hatinya di Persatuan Orang Buta Malaysia bagi menjalankan sedikit kajian di sana untuk thesis MO.

Banyak sangat ilmu yang MO dapat hari ni. Orang buta ni tak banyak dosa kerana kebanyakkan dosa kita bermula dari mata. Sebab tu ada klausa “dari mata turun ke hati”. Teringat pula MO pada satu tazkirah di Surau Kolej suatu ketika dahulu. Senior yang member tazkirah berkata “jika diberi pilihan sama ada untuk menjadi buta, pekak atau bisu, dia memilih untuk menjadi buta. Biar buta mata jangan buta hati. Katanya lagi orang buta kurang dosa, banyak pahala yang boleh dikumpul. Dengan mendengar bacaan ayat al-Quran juga pahala”. Betapa bertuahnya mereka tidak melihat kerosakan di muka bumi. Betapa bertuahnya mereka tidak melihat panorama manusia yang tidak indah dek kerana pakaian yang mencolok mata. Mereka bertuah kerana tidak melihat aksi-aksi menjengkelkan manusia. Mata itu perisai. 

MO sempat bersembang dengan beberapa guru di PERMATA (Permasalahan Mata). Memang kena sabar untuk mengajar kanak-kanak bermasalah penglihatan ni kerana mereka istimewa, mereka tidak nampak sama seperti kita jadi untuk mengajar mereka, kita perlu meletakkan diri di tempat mereka. Mungkin senang bagi kita tapi sangat susah bagi mereka.

Puan Sue (supervisor PERMATA) memberi kerjasama yang sangat baik tadi. Terima kasih Puan Sue. Betapa kerdilnya diri ini dirasakan bila bersama dengan komuniti cacat penglihatan. MO juga salah seorang daripada sukarelawan PERMIUM (Persatuan Mahasiswa Istimewa UM). Kadang-kadang bila bersama mereka MO rasakan mereka tiada beza dengan manusia normal. Cara hidup yang sama, gaya bersembang yang sama cuma mereka tidak nampak.

Setiap kejadian Allah itu pasti ada sebab dan musababnya. Kita sebagai hamba perlulah redha dengan setiap ketetapan.

Quote ayat seorang sahabat di KBU..
"Semua sama disisiNya, cuma bezanya yang kuat imannya, apalah beza kamu dan saya, cuma insan yang hina dina, andai dirasa diri salah satunya, beringatlah kita, ucapkan yang baik sahaja, moga yang lain dapat manfaatnya, semua beroleh rahmat dan redha, pertemuan menjadi serba bermakna"...

Yang membezakan seorang hamba itu adalah iman dan takwa.


p/s :
Tundukkan Pandangan 

Semoga menjadi renungan kepada semua yang celik.

Sekian wassalam. 


14 Pesanan:

Solihin Zubir said... [Reply]

byknya dosa sy..
melihat perkara2 mungkar samada sngaja atau tdk sngaja..
bertuahnya org buta..

harap2 kita semua menggunakan nikmat mata yg dipinjamkan kpd kita dgn sebaiknya..

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

betul. kami setuju. takut nak kua kan? mata melihat yang tak baik aja.. iskh.. takut.. pahala tak banyak mana, dosa melambak2.. nauzubillah..

misz einaz said... [Reply]

kalu DN pon lebih prefer buta.. banyak dosa datangnya dari mata.. tapi syukur allah jdkan DN cukup sifat.. orang yang cukup sifat tak boleh lari dari dapat dosa..so, DN cuba elak daripada melakukan dosa...

Woofer Storm said... [Reply]

apa guna ada mata jika dihalakan pada tmpt yg tidak sptutnya.nsht untuk dri sndri..ermmmm

Mutiara Bernilai said... [Reply]

Allah...

!____!

syukran MO,banyak yg MB blaja dr post ni..


syg slalu~

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Solihin Zubir

yang penting kita selalu beringat untuk tundukkan pandangan.. yang celik ini lebih bertuah jika kita tau mcm mana nak gunakan nikmat yang diberikan dengan baik..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@fRaMe LenSeS

huhuhuhu.. tu la kan.. pahala xbanyak mana tapi dosa yang melambak2..dosa sangat senang nak dapat, tapi pahala pun xsusah nak dapat..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@misz einaz

sama2 kita elakkan DN dari buat dosa

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Woofer Storm

setuju dengan kamu achie

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Mutiara Bernilai

terima kasih mutiara..

AdiSuda said... [Reply]

trima kasih MO..org yg istimewa bnyk kelebihan dia brbnding dgn kita yg smpurna..

oshin said... [Reply]

suka entry ney . hurm oshin pun kalau diberi pilihan nak buta , pekak atau bisu . bole amek semua tak agar oshin tidak melihat perkara keburukan , tidak mendengar perkara yng keji , bisu pulak agar tidak bercakap perkara yang tidak baik . huhuh . terima kaseh kerana mengingatkan !

Muslimah Optimis said... [Reply]

@AdiSuda

betul tu adi

Muslimah Optimis said... [Reply]

@oshin

sama-sama oshin.. aima pun nak jadi macam tu jugak la