Seorang Perempuan di Dewan Peperiksaan.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut. 

Ceritanya begini : 

Terdapat salah seorang pelajar perempuan masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.  Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru perempuan tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya. 

Tiba-tiba pelajar perempuan tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.  Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya. 

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu? Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti. 

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah. Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya. Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Terima kasih Bulan Bulat atas perkongsian cerita ini. 

MO kata :
Sayangi dan berbaktilah kepada Ibu bapa kita selagi mereka masih ada di bumi ini. :-)

Sekian Wassalam. 

6 Pesanan:

Sunah Sakura said... [Reply]

Subhanallah... Maha Suci Allah...

JIJI YU said... [Reply]

pertukaran amalan

||aLeaSaRa|| said... [Reply]

slm ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa.subhanallah,itulah ganjarannya kalau kita semua sentiasa melakukan kerja dgn ikhlas.apatah lagi jika berbakti kpd ibubapa.

nice sharing sis,tqvm!

Musafir Kelana said... [Reply]

itulah kelebihan berbakti kepada org tua...

kewajipan kedua paling afdhal selepas solat awal wktu dn lbh afdhal dr berjihad fi sabilillah...

Diba Humaidi said... [Reply]

Subhanallah..kuasa Allah. DIA akan memberi apa yg hamba-Nya inginkan bagi yg buat amal soleh. Jom sama2 jadi anak soleh:)

pengemis Cinta~ said... [Reply]

Assalamualaikum.

"wabilwalidaini ihsana.." berbakti kepada ibubapa adalah satu tanggujawab.ketaatan kepada ibubapa membawa keredhaan Allah.subhanallah.sungguh terkesan dengan kisah ini^^