Malaysia dan Somalia Jauh Berbeza..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selesai sudah Ramadan yang ke-18. Alhamdulillah. Begitu pantas masa berlalu sehingga tak terasa Ramadan Fasa kedua bakal mengakhiri fasanya dan akan datang pula fasa ketiga iaitu 10 malam terakhir yang mana dalam salah satu malam itu adalah Lailatul Qadar yakni Malam 1000 Bulan.

Malaysia dan Somalia Jauh Berbeza. Ya sememangnya dari segi ejaan sudah terpampang dengan gahnya. Dari segi warna kulit juga ya, kita boleh lihat perbezaannya. Tapi yang paling ketara kemewahan berbelanja untuk berbuka puasa. Jika di Malaysia ada Bazar khas untuk kita membeli juadah untuk berbuka, tetapi tidak ada di Somalia. Nak makan pun susah.

Cuba tengok video di bawah. Menyedihkan.


http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/

MO kata : Beberlanja tu berpada-padalah ketika berbuka. Jangan sampai membazir pulak kerana membazir tu sahabat syaitan. 

p/s : Jangan lupa klik pada link bawah video tu.. :-).. Sama-samalah kita bermuhasabah di bulan mulia ini. InsyaAllah ada ganjarannya.. 

Sekian Wassalam..

4 Pesanan:

Kumbang Jingga said... [Reply]

syukur dgn apa yang ada..tengok org lain lg susah dr kita...

Anonymous said... [Reply]

;( ;( :( ;( berinfiniti.......sedih..semoga Allah melindungi insan-insan yang kurang bernasib baik disana.amin..

Ce'gu JAERA said... [Reply]

d saat kita makan dengan penuh pembaziran di sini.. mereka di somalia sebutir nasi pun sudah cukup amat berharga... sama2 kita renungkan..

tomatokering said... [Reply]

betol3 .. selalu time mkn msti teringat org lain yg susah T_T