Perempuan Memilih Lelaki sebab Kereta??



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Yeayyyyyy.. Dah nak raya. Hihihi. Macam mana persiapan?? Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Ada yang beli kereta baru ke nak jalan-jalan raya nanti?? Hihihi. Ok, meh hayati kisah di bawah pasal seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu.

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa. Walaupun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari ni aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tu. Maybe hari Isnin ni hari dia berkenalan dengan bakal bini dia merangkap mak aku kot. Mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang ni. Takde kuasa aku nak tau, baik aku cerita pasal aku.

Dan untuk pengetahuan kau, seperti yg kau lihat dan sememangnya tidak dinafikan lagi aku dilahirkan sehensem-hensem umat kerana itulah jugak berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang. Siap ada listing lagi. Tapi ada satu benda yang sedih, setiap kali awek yg keluar dengan aku mesti break selepas aku ajak diorang naik kereta aku. Aku pun tak tau pasai apa.

Intan, awek cun yang aku jumpa masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dia ni lain siket sebab aku dah janji dgn diri aku, dia la awek aku yg paling last. Kalau Intan tinggalkan aku... macam awek aku yang dulu, sumpah aku tak nak kawen.

Benda yang aku nyampah tu jadi jugak. Setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping. Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris. Macam-macam dier komplen. dia tau aku keje sebagai driver. Takkan takde kereta. "Bawaklah kereta awak tue, takkan nak terperap kat rumah je. Tak syok la naik moto. Rambut berserabut lar, muka cair lar, kain terselak lar, malu nanti orang tengok lar., tak buleh nak seksi lar, macam-macam.

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dia naik kete aku, sure itulah kali last aku akan jumpa Intan. Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus. Berdesing telinga aku. Aku cakap kat dia. Baiklah, esok aku akan datang naik kete besar. Jauh lagi besar dari kete mesedis. Seperti yang ku jangka, itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...

Intan terus menghaibkan diri. Aku dah agak dah mesti terjadi punya. Cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang semua ..Especially diorang yang pernah jadi awek aku or bakal awek aku...

Jangan korang pandang hina kat orang yang keje cam aku ni satu hari nanti.

Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar

( Isnin )

Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak

sumber : sini


MO kata : Carilah kerja yang halal.. Biarlah orang memandang hina dengan pekerjaan kita, namun Allah mengetahui di mana kita di sisi Allah.. 


p/s : MO edit sikit je mungkin masih ada singkatan dan bahasa-bahasa selenge. Banyak sangat, walaupun MO ni tak suka sangat guna singkatan sebab kalau menaip tu mesti guna perkataan penuh. Huhu. Harap anda faham maksud yang tersirat.

sekian wassalam..

8 Pesanan:

Kumbang Jingga said... [Reply]

pernah baca kisah ni..pernah kongsi kt blog kj dulu2 hehehe..

Ce'gu JAERA said... [Reply]

hehehehe.. kelakar juga cerita ni.. tapi kalau dihayati betul2, rasa nak bergenang juga air mata membacanya..

saya tertarik dengan kata2 hikmah MO:----> Carilah kerja yang halal.. Biarlah orang memandang hina dengan pekerjaan kita, namun Allah mengetahui di mana kita di sisi Allah..

thanx MO atas perkongsian bermanfaat ini..

Unknown said... [Reply]

gua nak cuba bawak mayat naek motor pulak

syukrihasshan said... [Reply]

hahahhaa..tapi serius..pompuan sekarang memang memilih dohh..pantang nmpk laki ada kereta..baik semacam ja..hahaha

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

leh bawa jugak la camtu.. :P ahahaha

Cik Pulau said... [Reply]

errr.. paham maksud citer ni..^^,

tomatokering said... [Reply]

hihi betol3 .. ;)

aniki said... [Reply]

awek camni baik tak payah layan..nyusahkan ja...