Tu, cikgu pakai ketat-ketat takpe pulak ek!!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Terpandang di status FB seorang sahabat.
"Cikgu, mana adil, kenapa cikgu-cikgu ni marah budak perempuan pakai baju ketat dan sendat. Ramai je cikgu pakai baju ketat-ketat, seksi tak kena tegur pun ! cikgu kena lah bagi contoh pada anak murid, macamne kami nak ikut kalau cikgu pun ntah apa-apa pakaiannya." - pahit untuk saya telan kebenaran ini.. Allah..
Hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Kalau dapat student macam ni, jenuh nak jawab. Hurmmmm. Cikgu ooo cikgu. Kenapa anda menimbulkan persoalan di minda anak-anak murid anda???

Menutup aurat tu kan wajib. Cuba rujuk sini, sini dan sini.

MO kata : Nak jadi cikgu bukan senang. Cikgu kan idola kepada anak murid. Setiap tingkah laku anda diperhatikan. Kepada semua cikgu dan bakal cikgu, please take note.

Sekian Wassalam.

19 Pesanan:

aamalinaazman said... [Reply]

hayooooo
dapat anak murid gini...erk...
hihi..payoh..
tapi tula..budak2 belajr dr yg dewasa
tmbh2..cikgu pulak..lagi la harus mnjadi contoh yg baek! =]

Unknown said... [Reply]

aku salu j ekena..sbb aku ostad tapi cam mat rock

Penyu said... [Reply]

betul jugak kalau budak tu cakap macamtu. sebab budak tu berfikir mana yang boleh memberi pengaruh.

cikgu pun, janganlah tunjuk contoh tak baik pada anak murid. sepatutnya, cikgulah yang harus memberi teladan yang terbaik selepas ibu dan bapa pelajar.

Pendamba Mawar said... [Reply]

kadang2 btul jugak post tu. pelajar dimarah untuk etika berpakaian itu ini.tapi cikgu.. hurm. pelajar kan bayang2 guru mereka..so hati2 la para guru sekalian..hehe..nice

Anonymous said... [Reply]

actually dulu pun selalu cakap mcm tu waktu sekolah. Sebab tudung labuh saya singkatkan, lengan di singsing. Lepastu pertikaikan, "Alah cikgu tu tau nak marah orang, dia tu langsung pakai tudung bawal, jarang lak tu. Tudung ni mana pendek pun. labuh juga dari ckgu" Tu dululah. Time remaja:D Tapi bila dah besar, fikir semula.. kita ni nak ikut cikgu ke ikut perintah Allah. Contoh tu memang perlu dari someone. Qudwah hasanah. Tapi cara cakap tu, mempertikaikan suruhannya dari siapa. Suruhan Allah, atau kehendak cikgu. Kebaikannya kita juga dapat. pahala pun dapat ke kita. Sebab jaga aurat. Bukan ke orang lain.

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

mengamalkan konsep,
"kepimpinan melalui tauladan".

Diri teruk camna nak latih, nak didik yang ada tu mengikut? kan? T.T

muhasabah diri sendiri jugak.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said... [Reply]

Cikgu kalau hampeh, mana anak murid nak ikut? memang tepat kata bidalan nanti, "Ajar anak metam berjalan lurus".. =)

yours
SH

aizamia3 said... [Reply]

sekarang anak murid memang berani 'sound' cikgu..
cikgu pun kenalah menjaga pemakaian yang lebih sopan..

ProfHariz said... [Reply]

Jangan jadi seperti ketam :)

aniki said... [Reply]

credit kat budak2 tu..cikgu skrg manyak rock wooo..

Jejaka Terhangat said... [Reply]

adehh..anak murid kira cikgu..cikgu kira org atasan..org atasan kira pemerintah..mksdnya, orang paling atas sekali kena betol dlu. baru yg lain2 bleh ikut dgn mudah..jom tukar kerajaan. kehkeh..

AhmaD MuizZ said... [Reply]

nak like banyak kali tapi skali pun mcm xde button like je...=P

Nuur mutiara said... [Reply]

budak-budak sekarang dah pandai menegur cikgu ek..huhu ok la tu, kan cikgu tu pun manusia biasa, kadang ada lah silapnya..syukurlah ada anak murid yg sudi menegur,jangan cepat melenting pulak :)

Unknown said... [Reply]

bg ayie, guru adalah seperti orng kedua selepas ibu bapa.. murid2 akan mungkin terpengruh sebab sekolah adlh rumah ke-2 selepas rumah yg sebnar.. so, nak jadi guru yg menjadi contoh, kne ah okay.. actually, masa mengjar tuisyen pon same je.. diorng siap ckap, cikgu nie nak pi mengjr or jalan2..hahaha

Sweetmango said... [Reply]

hurmmm budak2 la memang dah pandai.. hoho soalan dan persoalan yang tak dapat dijangka akan muncul.. hoho.. tapi yg tue yang kita selalu nampak kan... hehhehe...

muhamadsufian89 said... [Reply]

ok kak MO sy take note. tak pakai seksi masa mengajar nanti. hehe

Kumbang Jingga said... [Reply]

betul2..kt sekolah dulu aku tengok ustazah aku tu baik je sopan dan lemah lembut heheh..kagum aku..cikgu tu sbg role model kan

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply]

kan dah kena sejibik. Cikgu skrg memang seksi la..seyes cakap.

Anonymous said... [Reply]

betul la cikgu sebagai `role model` kepada pelajar,mereka akan tiru ape yang cikgu buat..tapi ada ramai cikgu kt sekolah,tapi kenapa mesti nak ikut cikgu yg pkai seksi?ikut la cikgu yg pkai sopan.tak boleh fikir sendiri ke..