Puisi : : Gugurnya Daun



Daun itu warnanya hijau ketika muda,
Tapi lama kelamaan,
Daun yang hijau bertukar menjadi kuning 
Akhirnya coklat 
Dan gugur menyembah bumi.


Aku juga begitu,
Dulunya aku kecil masih bayi,
Aku berubah menjadi kanak-kanak,
Aku membesar sebagai remaja,
Kini aku sudah dewasa,
Tak lama lagi akan memegang title sebagai warga tua,
kerana semakin hari aku semakin berusia,
sudah ku ketahui ketetapan ILAHI
aku juga akan mati suatu hari nanti.
 
Hasil Nukilan :
Muslimah Optimis
18 Jun 2011

Sekian Wassalam

7 Pesanan:

Unknown said... [Reply]

pusingan hidup..

Sunah Sakura said... [Reply]

putaran roda..

Muhd Iqbal Samsudin said... [Reply]

SMEi :)

Hadi Rofiee said... [Reply]

Sedang memikirkan apakah yang sedang bermain di fikiran tuan blog ini sekarang. Hmm.. :-)

Kumbang Jingga said... [Reply]

tak sangka MO menulis puisi juga..hehehe dulu Kj suka dengar puisi2 islamic kt radio IKIM..best..tp skang dh jarang dengar hehehe

Unknown said... [Reply]

itulh putaran kehidupan manusia..

Anonymous said... [Reply]

pergh..puisi...

*sgt meminati penulisan MO...XD