Syaitan Berehat Sebulan di Kala Ramadhan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah. Hari ni merupakan hari pertama umat Islam berpuasa dan malam ini merupakan malam kedua umat Islam berterawih. Kusyuk ke idok tu?? InsyaAllah kusyuk kan. Semoga amal Ibadah yang kita lakukan dapat mencegah kita daripada sebarang kemungkaran. Ameen.

Orang kata masa bulan posa ni syaitan iblis semua kena tahan dekat lokap eh kena gari, tapi kenapa masih berlaku iktilad atas bumi nih? Hurmmm... Ada anak-anak setan yang terlepas ka?? Tidak jawapannya namun nafsu manusia yang terlepas. 

Orang kata lagi dalam sebulan di Bulan Ramadhan ni manusia akan berlumba-lumba mencari pahala. Semua pakat nak kejar solat terawih, semua pakat nak buat amal jariah. Tapi sedarkah kita, kenapa hanya bulan Ramadhan sahaja bukan bulan-bulan lain??

Kalau manusia hanya berkerja keras mengejar pahala sebulan di Bulan Ramadhan tapi Setan Iblis dah bekerja keras 11 bulan nak menyesatkan manusia. Sehinggakan mereka tak takut untuk duduk berehat selama sebulan di Bulan Ramadhan tanpa melakukan apa-apa pekerjaan.


MO kata : Kita yang menentukan hala tuju hidup kita. 

p/s : Malam ni berbuka dengan Keluarga Tercinta cuma adik no.1 dan no.2 tiada bersama kerana tak balik cuti lagi. Esok lusa pulak adik yang no.3 akan pulang ke kampusnya. Kakak besaq dah habis belajaq, yahooo, cari kerja, cari duit fokus utama sekarang. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah swt. Ameen.. Sayang semuanya.

Sekian Wassalam.

7 Pesanan:

Unknown said... [Reply]

alhamdulilah dapat buka dekt rumah yer kak mo..hehe btw, memang betol..nafsu memainkan pernan pntg ketika berpuasa ini..so, kawallah nafsu itu dgn sebaik2 yer

Unknown said... [Reply]

nak mengekang nafsu tu bukan senang..sbb dtg dr diri senirik jugak tu

Sunah Sakura said... [Reply]

selamat bersahir bersama keluarga ye esok.. kemsalam sahir... errr...

Ce'gu JAERA said... [Reply]

betul juga kan. napa mesti bulan Ramadan baru terkial-kial nak kejar pahala.. agaknya lepas ramadan ni terus kembali perangai macam bulan2 yang sudah2..

Kumbang Jingga said... [Reply]

hehe kalau dalam bulan posa ni wat dosa tak leh nk salahkan syaitan lg hehehe...

K said... [Reply]

semoga kita lebih menguasai nafsu dari nafsu menguasai kita :)

H Y D E said... [Reply]

selamat berpuasa kak MO. semoga segala urusan dipermudahkanNya :)

latest : A Beautiful Smile :)